Wednesday, February 24, 2021

Notis Pembukaan Semula Sekolah




        Ruj. Kami : SJKC CN700-2/1/2/20212

                                                                                                                                            Tarikh       : 22 Februari 2021

Kepada ibu bapa/ penjaga,

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Adalah dirujuk pengumuman Menteri Kanan(Pendidikan) pada 19 Februari 2021, pembukaan semula sekolah untuk semua murid sekolah rendah secara berperingkat bermula pada 1 Mac 2021, bersamaan Isnin.

2.         Murid yang terlibat dan tarikh pembukaan semula adalah seperti berikut:

Tahun

Tarikh Pembukaan Semula

1 dan 2

1 Mac 2021 (Isnin)

3 hingga 6

8 Mac 2021 (Isnin)

 

3.       Waktu persekolahan merujuk jadual dibawah:

Waktu Persekolahan Mengikut Tahun dan Hari

Tahun/Hari

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Tahun 1 hingga Tahun 3

7.30a.m-12.50p.m

7.30a.m-12.20p.m

7.30a.m-12.50p.m

Tahun 4 hingga Tahun 6

7.30a.m-12.50p.m

4.      Semua warga sekolah diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM, membuat saringan kesihatan sebelum  dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah. Jika suhu badan murid mencapai 37.5˚C dan ke atas, atau mempunyai gejala demam,  batuk, selsema atau sakit tekak, murid yang berkenaan diminta untuk berjumpa doktor dan berehat di rumah. Semua murid  dinasihatkan memakai pelitup muka (mask) semasa berada di kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak membekalkan pelitup muka  untuk murid-murid.

5.        Selepas waktu persekolahan, semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah.   Kerjasama ibu bapa amat diharapkan demi keselamatan semua warga sekolah.

6.        Sila rujuk lampiran, soalan lazim Tahun 2021.

 

Sekian, terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT:  DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menjalankan amanah,

(PHANG YOKE MEI)

Guru Besar

SJKC Chiao Nan